Seorang tukang rumah didakwa di dua Mahkamah Sesyen Butterworth atas enam pertuduhan melakukan persetubuhan dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya yang berusia 11 tahun sejak dua tahun lepas.<br /><br />Tertuduh yang juga seorang mualaf berusia 35 tahun itu mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dihadapan Hakim Norhayati Mohd Yunus dan Noor Aini Yusof pada Jumaat.